Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi peluang untuk menjalankan Latihan Industri di Sam Kreatif Dinamik selama 5 bulan. Dengan wujudnya Latihan Industri ini saya dapat merasai suasana pekerjaan. Disamping itu, ia juga dapat memupuk sifat amanah, berdedikasi serta bertanggungjawab .
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah berusaha menbantu kami mendapatkan tempat Latihan Industri. Ini dapat dilihat melalui sesi taklimat yang telah dijalankan bagi memberi penerangan daripada memohon mendapatkan firma sehinggalah tamat latihan industri.
Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Penyelia saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan sesebuah tugasan. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih saya tujukan kepada staff-staff Sam Kreatif Dinamik kerana memberi serba sedikit tunjuk ajar samada secara langsung atau secara tidak langsung.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang telah banyak membantu saya sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
0 comments:
Post a Comment