Objektif Latihan Industri


Seperti yang para pelajar sedia maklum, setiap pelajar diberi Jurnal Refleksi oleh Unit Latihan Industri untuk mengisi aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang latihan industri. Disamping itu, para pelajar perlu membuat laporan khas mengenai latihan industri yang dijalankan. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan dan keberkesanan terhadap pelajar sewaktu menjalankan latihan industri.

Berikut adalah objektif latihan industri :


  • Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
  • Menanamkan sifat kerjasama dan perhubungan baik diantara pelajar dan pekerja firma tersebut.
  • Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri
  • Pelajar dapat mempraktikkan segala ilmu yang didapati di firma tersebut.
  • Mendidik para pelajar supaya mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh firma.
  • Membantu pelajar mengetahui sejauh mana perkembangan selama berlangsungnya latihan industri.



0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll